PENGENALAN
Malaysia merupakan
salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup dengan aman
dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia Melayu, Cina dan India
telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga
merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia
Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain
SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG
LARANG YANG DIAMAL DARI SUDUT BUDAYA SOSIAL YANG TERSENDIRI DAN ANTARANYA
ADALAH:
Pantang larang
merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan
budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang
menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia
selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan
India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun.
Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan
melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”
Pantang larang yang
dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya
generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh
diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan
atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang
sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang
semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang
larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri
agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu,
kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan
dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah
berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.
KAUM MELAYU
Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu
Apabila telah
ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal
mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka.
Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam
masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan
perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg
difikirkan sesuai masih boleh diikuti. Pantang larang bermula
dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu.
Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan
membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Pasangan tersebut juga tidak boleh ke rumah
orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. Selain
itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh
mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah
beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga
dilarang bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari
perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air
kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia
boleh melemahkan organ seks. Pasangan perlu elakkan
diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri
pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana
angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin
mengalami kemalangan jika berada diluar. Orang-orang tua melayu
dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang
.Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang
tidak baik.
Pantang Larang Mengandung Orang Melayu
Masyarakat melayu
terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang
mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang
untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali
lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada
waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di
larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang
untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup
sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua
pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.
PANTANG LARANG HARI RAYA AIDILFITRI DAN
HARI RAYA
AIDILADHA
Hari Raya Aidilfitri.
1. Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras
dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
2. Memakai pakaian bersih, cantik dan juga wangi-wangian.
3.Umat Islam yang kehilangan saudara mara Akan menziarahi pusara mereka dan
menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
5. Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
6. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
7. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
8. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai lagi.
Hari Raya Aidiladha.
1. Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga
orang ramai.
2. Mengenakan pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.
3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.
Pantang larang Perkahwinan Kaum Cina
Kumpulan etnik kedua
terbesar adalah masyarakat Cina Malaysia yang membentuk kira-kira 25% jumlah
penduduk. Kebanyakannya berketurunan imigran Cina yang datang semasa kurun
ke-19. Mereka terkenal dengan ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih,merah atau kuning.Warna hitam,biru dan kelabu adalah dilarang kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Kaum Cina mempunyai
adat yang bercanggah dengan agama mereka dan pantang larang yang mereka perlu
patuti semasa perkahwinan. Masyarakat Cina tidak begitu banyak percanggahan
dengan adat dan agama mereka semasa perkahwinan. Mereka lebih tertumpu kepada pantang larang
sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Ini kerana masyarakat Cina tidak
terlalu mematuhi pantang larang dan percaya kepada pantang larang. Mereka
percaya, jika mereka melanggar pantang larang itu, hidup mereka akan ditimpa
bencana.
Kebanyakan masyarakat
Cina mengamalkan pantang larang sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Antara
contoh pantang larang mereka ialah bakal pengantin tidak digalakkan untuk
menghadiri majlis pengebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan.
Selain itu, masyarakat Cina juga tidak menggalakkan hiasan dalam majlis perkahwinan
menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal
pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang
biasa dan bukannya diletakkan pada sudut bilik. Menurut kepercayaan masyarakat
Cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah
perkahwinan yang tidak sah.
Pantang Larang mengandung orang cina
1. Dilarang makan daging arnab
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi
yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak
menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak
asyik mengeluarkan air liuh.
5. Dilarang makan makanan yang
bersifat sejuk. Seperti ais-krim, tembikai.
Kemungkinan membawa
kepada masalah keguguran bayi.
6. Dilarang mengambil gunting atau
penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan
Akan mengalami kecacatan.
7. Dilarang mengangkat tangan
melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah
mengimbangi diri.
8. Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan
mengakibatkan keguguran bayi.
9. Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan
mengakibatkan keguguran bayi.
10. Dilarang menghadiri upacara
perkahwinan.
Upacara perkahwinan
akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.
Pantang Larang Tahun Baru Cina
Walaupun kehidupan
kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan
sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan
adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan
kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan
Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang
amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak
boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang
segala keuntungan atau “ong” yangada.
Selain itu, masyarakat
Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang
digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan
sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
Acara makan
beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling
dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah
keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga
orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan
pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara
ini tidak boleh dilepaskan.
Perkataan yang
tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru
Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati, hantu ataupun cakap kotor amat
dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk
sepanjang tahun tersebut.
Sungguhpun kini
kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini
tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian
berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan
ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan
membawa buruk bagi orang cina.
Selain itu,
pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang
sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka
yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia,
tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama
ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan
pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak
termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya, walaupun zaman
semakin moden berbanding dengan dahulu, perayaan, adat resam dan pantang-larang
yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan
patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang.
vPantang larang Perkahwinan Kaum India
Perkahwinan merupakan
satu kewajipan yang dilakukan oleh semua orang dalam hidup mereka. Jadi apa
yang telah ditetapkan adalah pantang larang yang harus diikuti oleh pasangan
tersebut. Walaupun pada zaman moden ini, ada yang tidak percaya tetapi tidak semestinya
pantang larang tersebut harus dilupakan. Pantang larang bermula dengan kunjungan tetamu ke rumah buat kali pertama
dimana tuan rumah, tidak membenarkan tetamu melakukan kerja seperti membasuh
pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial dan mungkin boleh berlaku
perselisihan faham diantara keluarga tuan rumah dan tetamu tersebut. Selain itu, pantang
larang merisik adalah dimana bakal pasangan akan saling membalas kunjungan
ketika merisik. Tetapi ketika rombongan tersebut, bakal pengantin perempuan
dilarang ikut serta kerana tidak ada perikatan suami isteri dan juga dianggap
sebagai tidak sopan. Tambahan pula, selepas telah habis majlis pertunangan,
pengantin perempuan dan pengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam
kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku kemalangan yang tidak
sepatutnya. Kad jemputan
perkahwinan adalah yang paling utama. Sebelum perkahwinan, kad jemputan
perkahwinan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanac hindu tanpa
kesillapan. Sebab itu, kad jemputan perkahwinan ini dititikberatkan oleh
golongan India dan jika berlaku satu kesilapan maka perkahwinan tersebut tidak
dapat dijalankan dengan lancAr.
Selain itu, sebelum
perkahwinan pengantin perempuan dan lelaki diminta untuk makan makanan sayur –
sayuran. Bukan hanya pengantin lelaki dan perempuan malah keluarga mereka
tersebut, tetapi itu bukan satu kemestian bagi keluarga tersebut. Tambahan
pula, jika majlis perkahwinan berlaku di kuil maka sayur- sayuran sahaja
dihidangkan bagi para tetamu. Makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya,
daging lembu kerana dianggap sebagai Tuhan dan agama India melarang makan
daging lembu. Apabila
pasangan mendirikan rumah tangga, generasi tua kaum India selalunya akan
merestui mereka supaya hidup beranak-pinak seperti pohon pisang. Perbandingan
seumpama ini digunakan kerana pohon pisang memang subur dan mampu “melahirkan
zuriat” secara produktif dan berterusan.Pada majlis perkahwinan kaum India
beraga Hindu, lazimnya sepasang pohon pisang subur ditempatkan di pintu masuk
ke tempat upacara dan amalan ini adalah suatu kemestian. Pohon pisang yang
dipilih pula mestilah yang sedang berbuah dan masih ada jantung pisang.Jantung,
buah, daun dan batang pohon pisang ada cerita tersendiri. Sebaik sahaja melihat
sepasang pohon pisang diletakkan menegak (sebenarnya diikat ke tiang atau
kayu), maka orang ramai akan sedia maklum bahawa suatu majlis atau upacara yang
menggembirakan sedang berlangsung.Pohon pisang itu akan dipasang beberapa hari
sebelum majlis perkahwinan dan biasanya dibiarkan menghiasi tempat berkenaan
selama beberapa hari.Sekiranya pohon pisang tersebut tumbang (akibat angin
kencang atau kerana tidak diikat dengan baik, misalnya) maka generasi tua
beranggapan kejadian itu membawa alamat buruk.Walaupun generasi muda kaum India
dikatakan semakin berfikiran “moden” serta tidak mahu terpengaruh dengan amalan
dan budaya tradisional, kepercayaan dan pantang-larang berkaitan pohon pisang
terus menjadi ikutan.
Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India
Bagi masyarakat India,
terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang
mengandung.
- ü Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
- ü Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
- ü Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
- ü Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.
- ü Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.
Pantang Larang Semasa Deepavali
Hari Deepavali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan
perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan
ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,
‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’. Pada petang
sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama
dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam
pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita
yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.
Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan
dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang
mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini,
misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Pada pagi perayaan,
seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan
membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan
ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di
Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat
dengki. Selepas mandi, pakaian
yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan Oren. Mereka
dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud
kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa
dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga
yang telah meninggal dunia.
LAMPIRAN
Adat dan pantang larang KAUM CINA
Adat dan pantang larang KAUM INDIA
Adat dan pantang larang KAUM MELAYU
RUJUKAN
Ø Internet
💚 http://pasanganmerpati.blogspot.my/2013/10/pantang-larang-dalam-perkahwinan-india.html/
💚 http://isupertembunganbudaya.blogspot.my/p/perkahwinan_28.html/
💚 bmk12010.blogspot.com/
Orang sumber
💚 Puan Liyana Abdul Samat
💚 Rakan dari kaum-kaum berkenaan
Buku teks
💚 Komunikasi dan Penyiaran dalam
Islam
yang melayu ounya perayaan tu bukan opantang larang. Itu benda yang digalakan
ReplyDeleteterima kasih kerana membuat tentang berita ini .saya telah meyalin untuk kerja sekolah saya
ReplyDeletewoi babi tak ada kerja lain ke nak salin bangang
ReplyDeleteada kat tumbukanaku
Deletekau yang babi.dasar setan
Deletejom lah kita sparing kat giant
ReplyDeletekau usha apa gampang
ReplyDeleteTerima kasih kerana saya dapat gunakannya untuk kerja rumah saya
ReplyDelete