Wednesday 11 January 2017

ADAT DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA (MELAYU CINA INDIA)

 PENGENALAN

Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia Melayu, Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain




SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG YANG DIAMAL DARI SUDUT BUDAYA SOSIAL YANG TERSENDIRI DAN ANTARANYA ADALAH:

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.







KAUM MELAYU

Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti. Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Pasangan tersebut juga tidak boleh ke rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks. Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.


 Pantang Larang Mengandung Orang Melayu
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.

PANTANG LARANG HARI RAYA AIDILFITRI DAN 
HARI RAYA AIDILADHA

Hari Raya Aidilfitri.
    1. Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan          agama Islam itu sendiri.
    2. Memakai pakaian bersih, cantik dan juga wangi-wangian.
    3.Umat Islam yang kehilangan saudara mara Akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan         surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
   4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan  melupakan          kisah silam yang lampau.
   5. Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
   6. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
   7. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
   8. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai        lagi.

Hari Raya Aidiladha.
1. Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.
2. Mengenakan pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.
3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.






Pantang larang Perkahwinan Kaum Cina


  Kumpulan etnik kedua terbesar adalah masyarakat Cina Malaysia yang membentuk kira-kira 25% jumlah penduduk. Kebanyakannya berketurunan imigran Cina yang datang semasa kurun ke-19. Mereka terkenal dengan ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih,merah atau kuning.Warna hitam,biru dan kelabu adalah dilarang kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Kaum Cina mempunyai adat yang bercanggah dengan agama mereka dan pantang larang yang mereka perlu patuti semasa perkahwinan. Masyarakat Cina tidak begitu banyak percanggahan dengan adat dan agama mereka semasa perkahwinan. Mereka lebih tertumpu kepada pantang larang sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Ini kerana masyarakat Cina tidak terlalu mematuhi pantang larang dan percaya kepada pantang larang. Mereka percaya, jika mereka melanggar pantang larang itu, hidup mereka akan ditimpa bencana.

Kebanyakan masyarakat Cina mengamalkan pantang larang sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Antara contoh pantang larang mereka ialah bakal pengantin  tidak digalakkan untuk menghadiri majlis pengebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis  perkahwinan. Selain itu, masyarakat Cina juga tidak menggalakkan hiasan dalam majlis perkahwinan menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya diletakkan pada sudut bilik. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.


  Pantang Larang mengandung orang cina

1. Dilarang makan daging arnab
    Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.

2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.

3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. Seperti ais-krim, tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan Akan mengalami kecacatan.

7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri.

8. Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9. Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi. 

10. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

Pantang Larang Tahun Baru Cina
Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yangada.
Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
 Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina  paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa  walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

 Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati, hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.
 Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.
 Selain itu, pemberian angpau masih tetap   diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang.



vPantang larang Perkahwinan Kaum India


Perkahwinan merupakan satu kewajipan yang dilakukan oleh semua orang dalam hidup mereka. Jadi apa yang telah ditetapkan adalah pantang larang yang harus diikuti oleh pasangan tersebut. Walaupun pada zaman moden ini, ada yang tidak percaya tetapi tidak semestinya pantang larang tersebut harus dilupakan. Pantang larang bermula dengan kunjungan tetamu ke rumah buat kali pertama dimana tuan rumah, tidak membenarkan tetamu melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial dan mungkin boleh berlaku perselisihan faham diantara keluarga tuan rumah dan tetamu tersebut. Selain itu, pantang larang merisik adalah dimana bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan tersebut, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana tidak ada perikatan suami isteri dan juga dianggap sebagai tidak sopan. Tambahan pula, selepas telah habis majlis pertunangan, pengantin perempuan dan pengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya. Kad jemputan perkahwinan adalah yang paling utama. Sebelum perkahwinan, kad jemputan perkahwinan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanac hindu tanpa kesillapan. Sebab itu, kad jemputan perkahwinan ini dititikberatkan oleh golongan India dan jika berlaku satu kesilapan maka perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancAr.
Selain itu, sebelum perkahwinan pengantin perempuan dan lelaki diminta untuk makan makanan sayur – sayuran. Bukan hanya pengantin lelaki dan perempuan malah keluarga mereka tersebut, tetapi itu bukan satu kemestian bagi keluarga tersebut. Tambahan pula, jika majlis perkahwinan berlaku di kuil maka sayur- sayuran sahaja dihidangkan bagi para tetamu. Makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya, daging lembu kerana dianggap sebagai Tuhan dan agama India melarang makan daging lembu. Apabila pasangan mendirikan rumah tangga, generasi tua kaum India selalunya akan merestui mereka supaya hidup beranak-pinak seperti pohon pisang. Perbandingan seumpama ini digunakan kerana pohon pisang memang subur dan mampu “melahirkan zuriat” secara produktif dan berterusan.Pada majlis perkahwinan kaum India beraga Hindu, lazimnya sepasang pohon pisang subur ditempatkan di pintu masuk ke tempat upacara dan amalan ini adalah suatu kemestian. Pohon pisang yang dipilih pula mestilah yang sedang berbuah dan masih ada jantung pisang.Jantung, buah, daun dan batang pohon pisang ada cerita tersendiri. Sebaik sahaja melihat sepasang pohon pisang diletakkan menegak (sebenarnya diikat ke tiang atau kayu), maka orang ramai akan sedia maklum bahawa suatu majlis atau upacara yang menggembirakan sedang berlangsung.Pohon pisang itu akan dipasang beberapa hari sebelum majlis perkahwinan dan biasanya dibiarkan menghiasi tempat berkenaan selama beberapa hari.Sekiranya pohon pisang tersebut tumbang (akibat angin kencang atau kerana tidak diikat dengan baik, misalnya) maka generasi tua beranggapan kejadian itu membawa alamat buruk.Walaupun generasi muda kaum India dikatakan semakin berfikiran “moden” serta tidak mahu terpengaruh dengan amalan dan budaya tradisional, kepercayaan dan pantang-larang berkaitan pohon pisang terus menjadi ikutan.


Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India

Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung. 
  • ü         Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
  • ü         Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
  • ü        Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
  • ü     Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.
  • ü  Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.




     Pantang Larang Semasa Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’. Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan Oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.



LAMPIRAN

Adat dan pantang larang KAUM CINA  




Adat dan pantang larang KAUM INDIA




Adat dan pantang larang KAUM MELAYU






RUJUKAN

Ø  Internet



💚  http://pasanganmerpati.blogspot.my/2013/10/pantang-larang-dalam-perkahwinan-india.html/ 

💚  http://isupertembunganbudaya.blogspot.my/p/perkahwinan_28.html/ 


💚   bmk12010.blogspot.com/

   Orang sumber

💚    Puan Liyana Abdul Samat
💚 Rakan dari kaum-kaum berkenaan

      
 Buku teks

💚    Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam